umroh.com
Sedang menyemak sesi akaun

Surah ke-1

Al-Faatiha

The Opening

Makkiyah7 ayatTerjemahan: Basmeih

سُورَةُ ٱلْفَاتِحَةِ

Terus ke bacaan

Pilih juzuk, surah dan ayat untuk membuka bahagian yang ingin dibaca.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

2.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

3.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

4.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

5.Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

6.Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

7.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Bacaan Surah Al-Faatiha, Surah ke-1

Baca Surah Al-Faatiha dengan teks Arab lengkap dan terjemahan Melayu bagi setiap ayat. Gunakan navigasi ayat untuk menyambung bacaan dengan pantas pada mudah alih atau desktop.

Sembang dengan khidmat pelanggan